Permohonan bekas ADUN Tronoh kemuka bukti baharu didengar 12 November

Iklan
Paul Yong

PUTRAJAYA - Permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti baharu dalam cubaan bagi mengetepikan sabitan kes merogol pembantu rumahnya akan didengar pada 12 November ini.

Peguamnya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan bahawa Yong telah membuat permohonan itu di Mahkamah Persekutuan, awal minggu ini.

Iklan
Iklan

Sesi pengurusan kes diadakan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Faezahnoor Hassan.

Hisyam berkata, sebelum ini Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Oktober untuk mendengar rayuan akhir Yong namun susulan perkembangan itu, tarikh tersebut dijadualkan semula ke 25 November, bagi membolehkan pendengaran permohonan berkenaan terlebih dahulu.

Iklan

Pada 1 Mac lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah Yong atas kesalahan berkenaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun telah mengurangkan hukuman penjara Yong daripada 13 kepada lapan tahun dengan dua sebatan.

Iklan

Panel berkenaan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Yong dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Yong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun, di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh antara 8.15 dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019. - Bernama