Bom lama ditemui di kilang

Iklan
Bom lama ditemui di sebuah kilang di Gemas.

TAMPIN - Bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) ditemui di kilang Heveaboard Industrial Park, Batu 3, Gemas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 8.09 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil dari maklumat tersebut sepasukan polis dari Gemas telah pergi ke lokasi kejadian dan tali garisan polis telah dipasang bagi memastikan kawasan tersebut merupakan kawasan larangan dan bahaya.

"Unit pemusnah bom Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan dan Unit Pemusnah Bom IPD Tampin telah dimaklumkan untuk tindakan pemusnahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin

Iklan

Menurutnya, tempat kejadian merupakan bahagian proses pengasingan kayu kilang dan siasatan awal mendapati UXO itu adalah dari jenis mortar 60 berukuran 35 sentimeter panjang.

Tambahnya, tindakan pemusnahan telah dilakukan oleh unit pemusnah bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan IPD Tampin pada jam 11.45 pagi.

Iklan

"Pemusnahan tanpa sebarang kecederaan, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa," katanya.