ASEAN, Beijing sepakat elak keganasan di Laut China Selatan - Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim pada semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. Foto Bernama

VIENTIANE - ASEAN dan Beijing mencapai kata sepakat untuk mengelakkan keganasan di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, China dan semua negara anggota blok serantau itu turut bersetuju untuk menggunakan jalur diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian di perairan itu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

Iklan
Iklan

"Saya cadangkan kalau boleh guna jalur ASEAN misalnya. Tentunya sedikit perkembangan di Filipina itu membimbangkan dan kita telah sampaikan.

"Ada jaminan dari Perdana Menteri (China) Li Qiang hal ini akan diurus secara damai ikut semangat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982," katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir sidang kemuncak itu, hari ini.

Iklan

Pertikaian di Laut China Selatan menjadi antara tumpuan 10 negara ASEAN dan rakan dialog mereka China semasa sidang kemuncak berkenaan, dengan penekanan diberikan kepada hak untuk mempertahankan kedaulatan negara masing-masing. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan