Saya boleh berkhidmat di mana-mana: Zuraida

Iklan
Zuraida

PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin tidak mahu membuat sebarang spekulasi sama ada dirinya akan beralih kepada parti lain atau tidak.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memilih untuk melihat apa tindakan yang akan diambil oleh Lembaga Disiplin ke atas dirinya susulan satu ucapan yang mengkritik pimpinan secara terbuka sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu buat spekulasi dan sebagainya.

"(Apa pun tindakan yang diambil nanti) ia tidak menjadi masalah bagi saya.

Iklan

"Saya boleh berkhidmat di mana-mana, apa-apa sahaja dan bila-bila masa saya berada. Tiada masalah," katanya sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2019 di salah sebuah hotel di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk beralih ke parti parti lain susulan tindakan disiplin dikenakan ke atasnya.

Iklan

Semalam, Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad dilaporkan telah menghantar surat cuti Zuraida kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, satu surat juga dihantar kepada Lembaga Disiplin, meminta supaya prosiding dan tatacara siasatan terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu ditangguhkan seketika berikutan beliau menerima dua surat berkait tindakan undang-undang.

Zuraida sebelum ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin berhubung ucapan kontroversinya yang mengkritik secara terbuka pimpinan utama PKR pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara pada 8 Disember lalu.