Seorang pekerja binaan maut, dua cedera bangunan runtuh

Iklan
Mangsa kedua warga Pakistan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di runtuhan bangunan di Jalan Bukit Senjuang di sini, pada malam Khamis.

MELAKA - Seorang maut manakala dua pekerja binaan warga asing terselamat dalam runtuhan bangunan di Jalan Bukit Senjuang di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian jam 6 petang, ketiga-tiga mangsa berusia di antara 20-an hingga 40-an itu sedang bekerja membuka stagging konkrit sebelum kesemua mereka terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang maut merupakan warga Bangladesh dikenali Jidan berusia 22 tahun ditemui kira-kira jam 9.55 malam.

Menurutnya, dua mangsa warga Pakistan iaitu Zubair Ahmed, 32, dan Abbas Ghulam, 49, ditemui pada jam 6.40 petang dan 8.40 malam.

Iklan

"Mangsa runtuhan ketiga ditemui dalam keadaan tersepit di celah runtuhan tiang konkrit dan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.

"Kedua-dua mangsa yang terselamat telah berjaya dikeluarkan dari bahagian tepi celahan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan ringan.

Iklan

"Berdasarkan maklumat awal juga mangsa ketiga dipercayai tersepit di bawah runtuhan bangunan itu dari paras pinggang hingga ke kaki," katanya ketika dihubungi di sini pada malam Khamis.

R Saiful Iswandy R Hassan

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, R Saiful Iswandy R Hassan, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 6.18 petang sebelum pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan dengan kekekuatan seramai 81 pegawai dan anggota daei Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan BBP Melaka Tengah," katanya.