'Hajat Mal nak pakai jubah konvo sekali lagi tak kesampaian'

Iklan
Muhammad Zhafran (kanan) bersama arwah Muhammad Akmal (tengah) memperoleh diploma masing-masing pada majlis konvokesyen di Politeknik Merlimau Melaka pada November tahun lalu.

SHAH ALAM – Hanya gambar menjadi kenangan abadi sahabat baik yang sudah pergi menghadapi Ilahi.

Iklan
Iklan

Muhammad Zhafran Narijan, 23, memuat beberapa keping gambar di ruangan TikTok bersama arwah Muhammad Akmal Md Tukirin ketika Majlis Konvokesyen di Politeknik Merlimau pada November tahun lalu.

Difahamkan Muhammad Zhafran dan Muhammad Akmal menuntut dalam Jurusan Diploma Perkhidmatan Makanan selama tiga tahun bermula 2019.

Iklan

Muhammad Zhafran yang kini menuntut dalam Sarjana Muda Sains Jurusan Perkhidmatan Makanan di UiTM Puncak Alam terkilan sebab janjinya untuk menghabiskan pengajian dan memakai jubah konvo sekali lagi bersama sahabat karibnya itu tidak menjadi kenyataan.

Arwah yang dipanggil sebagai Mal itu disifatkan seorang yang baik dan periang.

Iklan

"Orang sekeliling senang dengan kau..aku terkilan sebab kau tak dapat habiskan degree sama.

"Kau janji sama aku nak banggakan ayah dan ibu, tapi ALLAH lebih sayang kau Akmal,” luahnya.

Beliau walaubagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan agar roh Akmal dicucuri rahmat.

Pada malam Rabu, tiga penuntut UiTM itu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas motosikal Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 malam itu di hadapan pintu masuk universiti berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian keempat-empat mangsa baru sahaja selesai menikmati makan malam dan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus itu.

Mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun.

Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, turut meninggal dunia di lokasi kecederaan akibat patah tulang leher dan cedera pada bahagian kepala serta dada.

Mangsa yang cedera parah ialah Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, masih dirawat di Hospital Dungun.

Jenazah Muhammad Akmal yang merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan akan dibawa pulang ke Muar, Johor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Batu 18, Ayer Hitam.

Jenazah Khairil Anwar, 20, Sarjana Muda Sains Perakaunan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor manakala jenazah Ku Adib Aizad, 20, pelajar Sarjana Muda Sains Perakaunan akan dibawa pulang ke Sungai Buloh, Selangor.