'Mangsa muncul dalam mimpi pembunuh, minta dikebumikan'

Iklan
Suspek mengesat air mata selepas mendedahkan mimpinya kepada polis. Foto Agensi

BANDUNG - Dua suspek didakwa membunuh Diki Jaya, 21, tidak dapat menahan air mata apabila mereka mendedahkan didatangi mangsa di dalam mimpi supaya mayatnya dikebumikan dengan sempurna.

Suspek dikenali Gilang Maulana atau GM, 20, dan Juanda alias, 18, memberitahu polis Sukabumi bahawa mereka bermimpi permintaan mangsa itu berulang kali.

Iklan
Iklan

"Ia kami didatangi arwah dalam mimpi berulang kali, minta disempurnakan pemakamannya," kata mereka kepada Ketua Siasatan Jenayah Sukabumi AKP Ali Jupri, pada Selasa.

Dalam pada itu, AKP Ali Jupri berkata, selain mereka berdua, dua lagi suspek iaitu Nopal 19, dan Erni, 49, turut dipercayai terlibat bersubahat membunuh Diki.

Iklan

Diki dipercayai dibunuh kerana salah faham antara keempat-empat suspek.

Mangsa dibunuh dengan menggunakan sebilah pisau yang dilakukan oleh Nopal, kemudian GM dan Juanda berperanan menyembunyikan mayat mangsa atas arahan Erni.

Iklan

Mangsa sebelum itu, sempat ditanam di kawasan berpasir, bagaimanapun kuburnya digali semula kerana suspek tidak yakin bahawa mayat itu dapat benar-benar 'disembunyikan'.

Mayat suspek kemudiannya dibawa ke Cisolok dan akhirnya dibuang di pinggir jalan raya Sukabumi-Banten sebelum ditemui orang ramai pada 29 September lalu.

Hasil siasatan polis mendapati Diki meninggal dunia setelah dibunuh di Kampung wisata Katapang Condong, Desa Citepus, Kecamatan Palabuhanratu, Kabupaten Sukabumi. - Agensi