PENJAGA gol, Manchester City, Ederson masih belum memberi sebarang bayangan untuk melanjutkan kontrak bersama penyandang juara Liga Perdana Inggeris yang berbaki 18 bulan lagi.
The Citizens dikhabarkan telah mula aktif mencari pengganti sebagai persediaan untuk mengisi posisi pemain berusia 31 tahun kelahiran Osasco, Sao Paulo, Brazil berkenaan.
Iklan
Iklan
Masa depan pemain yang pernah menyarung jersi Ribeirao (2011-2012), Rio Ave (2012–2015), Benfica B (2015–2017) dan Benfica (2015–2017) sebelum ke Etihad, menjadi tidak menentu apabila dia dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Liga Pro Arab Saudi.
Ederson,sebelum ini menjadi sasaran utama gergasi Saudi seperti Al-Nassr dan Al-Ittihad yang berminat untuk menjadikan pemain tersebut antara penerima bayaran tertinggi sukan berkenaan.
Namun perpindahan dikhabarkan gagal menjadi kenyataan menyaksikan pemain Amerika Selatan itu terpaksa meneruskan karier di Liga Perdana Inggeris.
Pada masa sama pengendali City, Pep Guardiola dilaporkan berhasrat menggantikan Ederson dengan penjaga kelab liga Portugal, FC Porto, Diogo Costa.
Artikel Berkaitan