Sel tidak matang ketika hamil punca kanser ovari

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Aminudin

PUTRAJAYA - Sel tidak matang secara semula jadi ketika bayi berada dalam kandungan antara penyebab berlaku kanser ovari dalam kalangan kanak-kanak.

Pakar Perunding Kanan Onkologi dan Radioterapi, Pusat Kanser dan Radiosurgeri, Hospital Pakar KPJ Damansara, Professor Madya Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin berkata, sel dikenali sebagai germ cell tumor tidak dapat dikesan ketika dalam kandungan.

Iklan
Iklan

"Germ cell tumor ini berlaku di ovari. Ia sepatutnya matang tetapi kekal tidak aktif kemudiannya wujud faktor rangsangan sama ada dari dalam atau luar menyebabkan bertukar menjadi kanser," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas nasib kanak-kanak berusia 19 bulan, Daneen Auni Riksi yang disahkan menghadap kanser ovari tahap tiga.

Iklan

Dr Aminudin menjelaskan, Daneen mempunyai peluang untuk sembuh sekiranya segera mendapatkan rawatan kimoterapi yang intensif.

"Sel ini sangat responsif, jadi peratusan sembuh tinggi terutama di peringkat awal," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, kebiasaannya pesakit kanser akan menjalani rawatan kimoterapi sehingga lima atau enam pusingan.

"Ubat-ubatan sama seperti pesakit dewasa cuma dos dikurangkan mengikut kesesuaian usia kanak-kanak.

"Biasanya rawatan ini di bawah kendalian pakar onkologi pediatrik.

"Jadi nasihat saya kepada ibu bapa, segeralah usahakan rawatan kimoterapi," katanya.

Daneen kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) selepas disahkan menghadapi penyakit itu pada Rabu lalu.

Ibunya, Fallarystia Sintom, 25, berkata anaknya berusia dua tahun mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.

Pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.5 sentimeter.