Harga sayur naik sehingga 20 peratus, bekalan dijangka terjejas hingga Disember

Iklan
Harga beberapa jenis sayur-sayuran mengalami kenaikan antara 10 hingga 20 peratus sejak minggu lalu. Gambar kecil: Kok Lim (kiri), Syed Abd Rahman

SHAH ALAM - Harga beberapa jenis sayur-sayuran mengalami kenaikan antara 10 hingga 20 peratus sejak minggu lalu.

Pengerusi Pertubuhan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Datuk Chai Kok Lim berkata, ia disebabkan beberapa faktor khususnya keadaan cuaca yang tidak menentu akibat fasa peralihan monsun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hujan lebat dan banjir melanda beberapa negeri turut mengakibatkan bekalan sayur berkurangan sehingga 15 peratus.

"Ada beberapa kawasan terjejas kerana hasil ladang merosot disebabkan banjir. Kita jangkakan kenaikan harga sayur dan bekalan terjejas berterusan sehingga musim Monsun Timur Laut (MTL) bulan depan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, pekebun sayur menjangkakan cuaca buruk bermula bulan depan namun beberapa kawasan di Johor, Perak dan Kedah sudah pun mengalami banjir sejak beberapa minggu lalu.

"Ini menyebabkan harga sayur meningkat antara 10 hingga 20 peratus di pasaran. Bekalan sayur segar ke Singapura juga terjejas sehingga 10 peratus ketika ini,” ujarnya.

Iklan

Kok Lim berkata, antara sayuran yang mengalami kenaikan harga ialah kacang panjang dan sayur berdaun seperti sawi dan bayam.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid memaklumkan, harga sayur di ladang meningkat antara 20 hingga 50 peratus sejak seminggu lalu.

"Kita jangkakan harga sayur mungkin meningkat lagi sehingga dua kali ganda pada bulan depan hingga Disember kerana hujan lebat dan banjir di beberapa negeri.

"Contohnya harga tomato meningkat dari 80 sen sekilogram bulan lalu kepada RM2 sekilogram. Kobis 50 sen sekilogram (bulan lalu) kepada 90 sen sekilogram.

"Sayuran lain termasuk daun bawang, kailan, sawi, timun, terong dan kacang buncis,” jelasnya.

Syed Abd Rahman jelaskan, kebanyakan pekebun tidak menanam sayuran dalam kuantiti banyak di kawasan terbuka dan memerlukan rumah plastik (SPH) sebagai penjagaan.

"Sayuran berdaun yang ditanam tanpa SPH akan mudah rosak dalam keadaan hujan lebat jadi ramai tidak mampu. Jadi penggunaan racun perosak antara persediaan hadapi musim tengkujuh.

"Kebiasaan pada musim hujan, pekebun gunakan racun perosak elak daripada sayur rosak,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan pihak berwajib mengawal harga dengan mengurangkan sayuran import terutama bagi sayur yang boleh ditanam dalam negara.

"Mungkin boleh kurangkan import dalam tempoh tertentu,” tambahnya.