Cadangan Anwar perkukuh ASEAN
Iklan
UMUM mengetahui ASEAN merupakan antara blok ekonomi serantau yang berkembang pesat di dunia, namun perdagangan intra-ASEAN masih rendah jika dibandingkan dengan potensi sebenar yang dimiliki oleh negara-negara anggotanya.
Justeru, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 di Vientiane, Laos mencadangkan tiga langkah strategik untuk meningkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan, pelaburan dan transformasi digital, ia dilihat relevan bagi memastikan ASEAN dapat berfungsi sebagai sebuah entiti ekonomi yang lebih kukuh, seterusnya meraih manfaat daripada hubungan ekonomi global.