Wanita maut, suami cedera nahas lori langgar treler

Iklan
Laporan awal memaklumkan, kejadian berlaku apabila lori nuatan ais dinaiki mangsa melanggar bahagian belakang sebuah treler. Foto JBPM Perak

GOPENG - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera dalam nahas sebuah lori dan treler di Jalan Ipoh-Kampar dekat Kampung Pulai di sini pada Sabtu.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 5.12 pagi melibatkan sebuah lori satu tan muatan ais dan treler jenis Volvo.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, laporan awal memaklumkan, kejadian berlaku apabila lori dinaiki mangsa melanggar bahagian belakang treler berkenaan.

Mangsa, seorang wanita disahkan meningal dunia di lokasi kejadian. Foto JBPM Perak

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan wanita berusia 28 tahun terbabit tersepit di bahagian tempat duduk hadapan.

Iklan

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala emandu lori dipercayai suami mangsa berusia 24 tahun mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan di sini.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, mangsa yang berjaya dibawa keluar dari kenderaan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Operasi tamat pada jam 6.49 pagi," katanya.