Jerman bawa pulang tiga mata

Iklan
Undav pastikan Jerman keluar pemenang dari Stadium Bilino Polje, Zenica.

DUA gol penyerang Jerman, Deniz Undav dalam tempoh enam minit separuh masa pertama membolehkan Die Mannschaft mengatasi Bosnia & Herzegovina, 2-1 dalam aksi Kumpulan C Liga Negara-Negara di Stadium Bilino Polje, Zenica.

Keputusan itu membolehkan angkatan Julian Nagelsmann berkenaan mengekalkan status pendahulu kumpulan dengan tujuh mata sambil diekori rapat Belanda (lima mata), Hungary (dua mata) dan Bosnia & Herzegovina (satu mata).

Iklan
Iklan

Angkatan Nagelsmann yang kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan, selain tahap kecergasan ternyata mengawal permainan sejak awal.

Namun begitu barisan Sergej Barbarez kekal tenang menafikan setiap percubaan selain deretan tidak menemui sasaran terutama rembatan Pascal Gross.

Iklan

Tuan rumah juga tampil berdisiplin sehingga Florian Wirtz meletakkan Undav di dalam kotak untuk memberi pasukan pelawat pendahuluan minit ke-30.

Penyerang VfB Stuttgart itu kemudian menggandakan kelebihan enam minit kemudian apabila menyudahkan sentuhan Maximilian Mittelstaedt.

Iklan

Pasukan pelawat sepatutnya berpeluang menambah beberapa gol lagi, namun dinafikan ketumpulan penyudah selain offsaid sebelum tandukan bintang kelab liga Turkiye, Fenerbache, Edin Dzeko mengurangkan defisit buat tuan rumah pada minit ke-70.

Jerman, yang menjadi tuan rumah kepada Belanda di Allianz Arena manakala Bosnia melayan kunjungan Hungary di Zenica pada Selasa