Nahas pelajar UiTM: Siasatan tetap dijalankan, tiada pengecualian

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mengakibatkan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, di Terengganu maut, tetap dilakukan mengikut prosedur biasa biarpun terdapat dakwaan wanita itu mempunyai masalah mental.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada suami wanita itu dan saksi kejadian.

Iklan
Iklan

"Kes ini tetap disiasat seperti biasa termasuklah ditahan dan reman, tiada pengecualian.

"Polis juga akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, setelah selesai semua prosedur siasatan, wanita berkenaan akan dituduh di mahkamah.

Katanya, sebarang tindakan lanjut sama ada akan diarah untuk rawatan psikiatri atau sebaliknya itu bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 7.35 petang Rabu lalu, SUV dipandu wanita terbabit merempuh dua motosikal dinaiki empat penuntut yang dalam perjalanan pulang ke kampus berkenaan.

Tiga mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala seorang lagi dilapor parah.

Berikutan itu, pemandu SUV iaitu wanita berusia 49 tahun yang juga suri rumah itu telah direman empat hari bermula 10 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.