RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengukir sejarah tersendiri selepas melakar rekod kebangsaan baharu dalam acara 100 meter (m) di Kangar sebentar tadi.
Atlet berusia 31 tahun itu mencatat masa 11.49 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra.