DBKL sertai aktiviti kesan lubang benam guna GPR di Seoul

Iklan
DBKL mengikuti pasukan Seoul City Sinkhole Exploration bagi melihat kaedah yang digunakan untuk meneliti keadaan bawah tanah.

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpeluang mengikuti pasukan Seoul City Sinkhole Exploration bagi melihat kaedah yang digunakan untuk meneliti keadaan bawah tanah.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, dalam sesi tersebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif telah diperkenalkan kepada teknologi Ground Penetrating Radar (GPR) yang dipasang pada kenderaan khas.

Iklan
Iklan

"Ia membolehkan pengesanan ruang bawah tanah dengan berkesan.

"Teknologi ini menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengesan struktur dan kaviti sedalam dua meter di bawah permukaan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Ujian GPR itu dijalankan selama lapan jam di luar waktu puncak.

Iklan

Menurut DBKL, ujian GPR itu dijalankan selama lapan jam di luar waktu puncak, sementara data yang dikumpulkan mengambil masa sehari untuk dianalisis.

Tambah kenyataan itu, hasil daripada data-data tersebut akan digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan bawah tanah dan mencegah sebarang insiden yang tidak diingini.

Iklan

Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai G Vijaya Lakhsmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, namun selepas sembilan memasuki hari kesembilan ia terpaksa dihentikan atas beberapa faktor antaranya keselamatan pasukan menyelamat.