Empat pelajar dakwa didera, jadi mangsa seksual

Iklan
Rusdi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menemukan beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan empat pelajar tahfiz yang ditemui semula selepas dilaporkan hilang, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua pelajar berumur antara 13 hingga 14 tahun itu ditemui di Bangi pada Khamis sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas disyaki didera dan menjadi mangsa seksual.

Iklan
Iklan
Rusdi

"Prosedur kita, apabila kita jumpa, kita bawa mereka ke hospital dengan persetujuan keluarga untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam dan kecederaan itu dipercayai berlaku ketika mereka berada di pusat tahfiz berkenaan. Berkaitan perkara tersebut, kita masih menyiasat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Katanya, susulan itu dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31 1 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 b Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Iklan

"Mereka mendakwa didera dan menjadi mangsa seksual, bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan itu.

"Selain itu, mereka mendakwa melarikan diri akibat tidak tahan dengan keadaan di pusat tahfiz terbabit, itu juga kita akan siasat, mereka difahamkan tidak sampai setahun di pusat tahfiz terbabit," katanya.

Menurutnya, polis turut tidak menolak kemungkinan empat pelajar berkenaan dibuli berdasarkan keterangan diberikan mereka.

"Bagaimanapun segala dakwaan ini kita akan jalankan siasatan lanjut, polis telah merakam keterangan pihak tahfiz ini untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat pelajar berkenaan hilang sebelum ini ditemui semula di Bangi pada Khamis.

Susulan itu, kesemua pelajar itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.