Bukit Kepang berpotensi jadi destinasi pelancongan sukan mendaki

Iklan
Trak yang perlu dilakui para pendaki Bukit Kepang, Machang (kiri), Permandangan indah dari Bukit Kepang.

MACHANG - Bukit Kepang yang terletak di kawasan Pondok Hidayah 2 berdekatan laluan utama Machang ke Kuala Krai di sini semakin popular dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan sukan mendaki.

Berketinggian 324 meter, bukit itu kerap menerima kunjungan peminat sukan lasak terutama pada hujung minggu bagi merasai sendiri pengalaman dan keunikan berada di puncak Bukit Kepang.

Iklan
Iklan

Pendaki, Mohd Najib Abdul Ghani@Yakob berkata, pendakian melalui trak di Bukit Kepang disifatkan mencabar kerana bentuk muka bumi yang mencanak kira-kira 45 darjah bermula dari kaki bukit sehingga ke puncak.

Mohd Najib

Katanya, pendaki juga akan melalui dataran salak dan batuan gergasi semasa perjalanan yang dikelilingi alam semulajadi sejauh 1.7 kilometer.

Iklan

"Kemuncaknya, pendaki akan dapat melihat permandangan indah kabus dan sawah padi yang terbentang luas dari atas bukit.

Peserta pendakian bergambar dalam kabus di Bukit Kepang di Machang.

"Jika bertuah, pendakian lebih awal sekitar jam 7 pagi juga berpeluang untuk menikmati permandangan awan karpet, bergantung kepada keadaan cuaca.

Iklan

"Jadi, amat sesuai untuk menarik lebih ramai pelancong mendaki di Bukit Kepang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Hiking Bukit Kepang sempena Hari Sukan Negara 2024 di sini pada Sabtu.

Para peserta yang semangat sebelum memulakan pendakian di Bukit Kepang, Machang.

Pendakian itu disertai lebih 100 komuniti Machang yang berusia antara 14 hingga 63 tahun bermula pada jam 8 pagi.

Sementara itu, seorang lagi pendaki, Mohd Kamaludin Ab Rahman berkata, lebih bagus jika Bukit Kepang dimajukan untuk dijadikan destinasi pelancongan sukan seterusnya dapat menjana ekonomi penduduk setempat juga penghuni Pondok Hidayah 2.

Mohd Kamaludin

Katanya, keunikan tersendiri Bukit Kepang akan dapat menarik lebih ramai pengunjung jika promosi dilakukan secara kerap daripada pelbagai pihak.

"Bukit Kepang juga boleh diperkenalkan kepada pendaki-pendaki lain di negeri ini dan luar dari Kelantan melalui penganjuran program mendaki ke bukit ini yang lebih kerap.

"Peluang seterusnya akan berkembang kepada penduduk tempatan untuk membuka perniagaan bagi menjana pendapatan,” katanya.