Dua anggota polis meninggal dunia akibat masalah kesihatan

Iklan
Hari Sukan Negara 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dimeriahkan dengan pelbagai program apabila lebih 4,000 peserta menyertai acara dipertandingkan.

KUALA LUMPUR - Dua anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur meninggal dunia akibat masalah kesihatan dalam tempoh dua minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua anggota ini masing-masing berumur 41 dan 52 tahun.

Iklan
Iklan

"Masing-masing dilaporkan meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah dan satu lagi sakit jantung.

"Kedua-dua anggota ini difahamkan ada melakukan pemeriksaan kesihatan namun tidak meneruskannya secara berkala," katanya.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program Hari Sukan Negara 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Rusdi berkata, pegawai serta anggota polis berumur 40 tahun ke atas di Kuala Lumpur digalakkan melakukan pemeriksaan dan saringan bagi memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik.

Iklan

"Saringan serta pemeriksaan tahap kesihatan perlu dibuat secara secara konsisten sekurangnya enam bulan sekali.

"Ia bagi memastikan sebarang masalah kesihatan dapat dikesan awal selain langkah susulan diambil seperti makan ubat, kawalan pemakanan selain gaya hidup yang sihat," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika program Hari Sukan Negara 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Hari Sukan Negara 2024 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dimeriahkan dengan pelbagai program apabila lebih 4,000 peserta menyertai acara dipertandingkan.

Antaranya melibatkan acara larian bebas, berbasikal, sukaneka dan pelbagai aktiviti untuk keluarga dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad turut hadir merasmikan program ini.