Formasi Jalur Gemilang 2,222 kilometer

Iklan
SERAMAI 2,000 peserta, termasuk warga Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), kakitangan awam, serta pihak berkepentingan, berjaya membentuk formasi Jalur Gemilang sepanjang 2,222 kilometer dalam program The Longest Jalur Gemilang Human Trail @ Bukit Bauk, yang berlangsung hari ini.

PSMZA turut mencatat sejarah tersendiri apabila program tersebut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai The Longest Jalur Gemilang Human Trail.