Tiada nas agama suruh cuti Jumaat - Mufti Perlis

Iklan
Tangkap layar video Mohd Asri dalam Facebook beliau bertajuk ‘Betulkah Islam Suruh Cuti Hari Jumaat' baru-baru ini.

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan tiada dalam nas agama dan Islam yang menyatakan hari Jumaat perlu cuti.

Beliau yang dikenali Maza berkata, hanya individu tidak memahaminya menyatakan perlu cuti pada hari Jumaat.

Iklan
Iklan

Mohd Asri berkata, firman ALLAH menerusi Surah Al-Jumuah ayat 9-10 menyebut mengenai seruan menunaikan solat Jumaat dengan segera dan apabila selesai solat maka kembalilah bekerja.

"Sebab itu dalam Mazhab Malik, makruh hari Jumaat tak buat aktiviti apa-apa (dan) tidak ada mazhab empat yang kata hari Jumaat (adalah) hari cuti. Islam tidak kata, siapa kata. Nak cuti itu cerita lain tapi tak ada.

Iklan

"Tak ada nas ulama kata hari Jumaat cuti melainkan orang-orang yang bankrap akal dia sehingga dia kata kalau melaksanakan Islam, cuti hari Jumaat. Yang tu la yang ada dalam kepala dia," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan bila Perlis akan melaksanakan cuti Jumaat untuk melaksanakan dasar Islam menerusi klip video di dalam Facebook beliau bertajuk ‘Betulkah Islam Suruh Cuti Hari Jumaat' baru-baru ini.

Iklan

Mohd Asri berpandangan, individu seumpama itu tidak memikirkan mengenai perkara lain seperti pentadbiran baik, rajin bekerja dan pengurusan bagus.

"Agama tak kata cuti hari Jumaat, pertama agama tak kata (dan) nas kata kerja hari Jumaat. Kemudian apa akan terjadi kalau orang cuti juga hari Jumaat.

"Boleh tak? Boleh, bukanlah salah macam kita cuti mana-mana hari kita cuti. Macam Arab, dia cuti hari Jumaat, tiada masalah," katanya.

Beliau menjelaskan, semua yang bercuti pada hari Jumaat tidak pernah menyatakannya kerana membesarkan hari Jumaat.

"Kerana agama tak kata cuti kerana membesarkan hari Jumaat, kerana agama tak ada membesarkan hari itu dengan cuti, tak ada. (Sebaliknya) membesarkan hari itu dengan ibadat (termasuk) kerja," katanya.

Mohd Asri menyifatkan, pemilihan cuti tidak kira pada hari apa sekalipun ditentukan oleh pentadbiran.

"Kita pilih hari Sabtu boleh, pilih hari Ahad boleh, hari Jumaat boleh (ataupun) hari Isnin (pun) boleh. Kalau kerajaan pilih hari Jumaat (maka) hari Jumaat.

"Cumanya saya nak beritahu tuan-tuan. Orang kata cuti hari Jumaat (maka) boleh kita pergi sembahyang Jumaat awal (dan) boleh kita beribadat,(itu) teori," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata, jika hari Jumaat dijadikan hari cuti, maka ramai yang akan bermusafir apatah lagi Perlis bersempadan dengan Thailand.

"Bila dia bermusafir, tak wajiblah sembahyang Jumaat. Tambah Perlis, sempadan dengan Thailand, dia pergi Thailand (maka) sunyilah masjid-masjid kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau mendapati, mereka bekerja pada hari Jumaat akan menunaikan solat Jumaat disebabkan rasa malu apatah lagi sekiranya kilang ada sediakan bas untuk solat Jumaat.

"Kalau hari Jumaat cuti, mungkin (ada) tidur di asrama dan sebahagian orang yang memang malas sembahyang Jumaat," katanya.

Menurutnya, salah satu faktor orang ramai duduk di masjid adalah disebabkan mereka bekerja pada hari Jumaat, namun masjid dikhuatiri lengang jikalau cuti pada hari tersebut.

"Bukan saya kata cuti hari Jumaat salah tetapi jika tujuan untuk meramaikan masjid (ia) tidak capai tujuan.

"Kalau tujuannya bagi membesarkan hari Jumaat, tidak ada nas dalam hal itu," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Sabtu dan Ahad, tidak perlu dijadikan bahan politik.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, titah pertukaran cuti hujung minggu itu merupakan keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhannya.

Malah katanya, ia turut mendapat pandangan daripada Mufti Besar dan Exco Agama Negeri Johor bahawa ketinggian Islam tidak sedikit pun berkurang apabila negeri Johor tidak lagi bercuti pada Jumaat mulai Januari 2025.