Panglima Tentera Darat dimasyhurkan ahli International Hall Of Fame

Iklan
Muhammad Hafizuddeain telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah dimasyhurkan sebagai ahli ke-300 International Hall Of Fame (IHOF) United States Army Command and General Staff College (USACGSC) di Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, penganugerahan yang diterima oleh Muhammad Hafizuddeain ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Iklan
Iklan

"Ini kerana beliau merupakan rakyat Malaysia yang ketiga dalam lipatan sejarah yang telah dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC.

"Sebelum ini, Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussein (B) (PTD Ke-18) dan Jeneral Tan Sri Mohd Shahrom Nordin (B) (PTD Ke-19)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Muhammad Hafizuddeain merupakan Panglima Tentera Darat ketiga dimasyhurkan sebagai ahli IHOF USAGCSC.

Katanya, beliau (Muhammad Hafizuddeain) merupakan alumni USACGSG pada tahun 2001.

Iklan

Tambah kenyataan itu, seluruh warga Tentera Darat Malaysia turut berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Hafizuddeain di atas pencapaian tersebut.

Turut hadir dalam majlis pemasyhuran itu ialah Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Hartiah Hamzah.