Amarjit presiden baharu PKBM

Iklan
Amarjit

PRESIDEN baharu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan Ahli Exco dan Ahli Majlis serta ahli gabungan badan induk tersebut.

Malah pada masa sama Amarjit akan memperkasakan hubungan antara PKBM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Iklan
Iklan

"Saya akan memberikan keutamaan kepada perkara ini. Suasana harmoni sangat penting kepada saya dan semua Ahli Exco, Ahli Majlis dan ahli gabungan negeri.

"Saya juga akan menulis surat kepada KBS bagi mengembalikan bantuan kewangan kepada PKBM khususnya untuk disiplin lebuhraya menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand.

Iklan

"Perbincangan juga akan diadakan dengan wakil (PBNS) Persatuan Berbasikal Negeri Sabah untuk menghidupkan balik Persatuan Sabah,” katanya selepas dipilih sebagai presiden baharu badan induk tersebut pada Sabtu.

Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebelum itu memenangi persaingan tiga penjuru sengit selepas menewaskan pencabarnya, Yunus Ibrahim dan Mazlan Ab Jail dalam Mesyuarat Agung Khas (Pemilihan Presiden) bagi penggal 2023-2026.

Iklan

Amarjit menewaskan Yunus dengan undian 35-23 sekali gus mengulangi pencapaian dilakukan bapanya, Tan Sri Darshan Singh yang pernah menjadi Presiden PKBM dari tahun 1988 hingga 1990 selepas menewaskan Tan Sri Elyas Omar yang ketika itu merupakan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, Amarjit juga merupakan Ahli Mesyuarat Eksekutif UCI dan Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) sejak 2017.