KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan lebat diramal terus berlaku di lapan negeri hingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.55 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di seluruh Johor serta beberapa kawasan di Kedah (Langkawi) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung).
Iklan
Iklan
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Bentong dan Rompin).
Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat dan di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.
Di Sabah, keadaan sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman iaitu di Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan, di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). - Bernama
Artikel Berkaitan