Kanak-kanak 6 tahun jadi mangsa dera bapa kandung, ibu tiri

Iklan
Pemeriksaan di hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka akibat dipukul di bahagian muka, dada, perut, paha, tangan dan kaki. Foto Pembaca

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak lelaki mengalami luka hampir seluruh badan dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang Kalumpong di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, maklumat kejadian itu diterima pada Khamis lalu jam 4.09 petang melibatkan mangsa berusia 6 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Taiping untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mengesahkan, mangsa mengalami kecederaan luka akibat dipukul di bahagian muka, dada, perut, paha, tangan dan kaki.

Iklan

"Mangsa kini ditahan di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak daripada laporan itu, polis telah menahan bapa dan ibu tiri mangsa masing-masing berusia 47 dan 33 tahun sekitar jam 5.30 petang pada hari sama kejadian di rumah berkenaan.

Iklan

Juna berkata, pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui beberapa alatan dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa.

"Polis turut merampas tiga botol cecair disyaki ketum yang ditemukan di rumah tersebut.

"Pasangan berkenaan telah direman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222 bagi membantu siasatan.