Jerman perlu tentera lebih besar - Ketua Pertahanan Parlimen

Iklan
Angkatan bersenjata Jerman, Bundeswehr memerlukan sehingga 35,000 lagi tentera untuk memenuhi keperluan pertahanan baharu.

BERLIN - Angkatan bersenjata Jerman, Bundeswehr memerlukan sehingga 35,000 lagi tentera untuk memenuhi keperluan pertahanan baharu, menurut ketua jawatankuasa pertahanan parlimen, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menyertai gesaan untuk tentera yang lebih kuat bagi menghadapi ancaman yang semakin meningkat dari Rusia, Marcus Faber, pengerusi jawatankuasa pertahanan Bundestag pada Sabtu menyokong rancangan untuk meningkatkan bilangan briged tempur Jerman dalam NATO daripada 82 kepada 131 menjelang 2031.

Iklan
Iklan

Menurut Faber, daripada tiga divisyen dengan 65,000 askar, tentera Jerman akan memerlukan lima divisyen yang bersamaan dengan jumlah kira-kira 100,000 askar.

"Itu akan mengambil masa kira-kira 10 tahun," kata Faber kepada kumpulan media Jerman Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND).

Iklan

Beliau turut menyeru agar perbelanjaan tahunan Jerman untuk pertahanan dinaikkan daripada dua peratus kepada tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Bundeswehr kini mempunyai sejumlah 180,000 tentera.

Iklan

Menteri Pertahanan Boris Pistorius berulang kali menyeru peningkatan ketara dalam perbelanjaan pertahanan dan turut menjelaskan bahawa lebih ramai askar diperlukan untuk keupayaan pertahanan.

Kementerian Pistorius sedang memperincikan cadangan baharu untuk perkhidmatan ketenteraan wajib. - Bernama-dpa