[VIDEO] Rakyat Palestin dapat terus bertahan kerana sokongan umat Islam

Iklan

KUALA LUMPUR – Rejim Zionis terpaksa menggunakan segala aset ketenteraannya termasuk dibantu kuasa besar dunia untuk menawan bandar Gaza yang kecil.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun penduduk Gaza tidak ramai, tetapi melalui gerakan Taufan al-Aqsa mereka berjaya mengalahkan Zionis ditambah dengan sokongan umat Islam seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, disebabkan itu seluruh kuasa besar dunia diketuai Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal perang dan dengan bantuan senjata mereka menyerang Gaza bertubi-tubi.

"Rakyat Palestin perlu mendapat sokongan yang kuat daripada umat Islam khususnya di negara ini, ibarat kepala di Gaza, ekor di Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada ‘Himpunan Setahun Gaza, Demo Mega’ berhampiran Kedutaan AS di Jalan Tun Razak di sini pada Sabtu.

Iklan

Peserta 'Himpunan Setahun Gaza, Demo Mega’ berarak dari Masjid KLCC hingga ke Jalan Tun Razak berhampiran Kedutaan AS bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Ratusan peserta demontrasi aman itu berarak dari Masjid KLCC sambil berselawat dan melaungkan hidup Palestin dan hancur Zionis.

Iklan

Ujar Abdul Hadi, orang Islam wajar menunaikan tanggungjawab dan mesti melibatkan diri sama ada membantu dari segi kewangan, melalui media ataupun sekurang-kurangnya berdoa supaya roh para syuhada diberkati.

"Bermula daripada intifada menggunakan kayu dan batu sehingga menggunakan roket dan peluru yang kecil untuk menentang senjata yang canggih, selebihnya adalah pertolongan ALLAH.

"Kita menyaksikan pertolongan ALLAH apabila tentera Zionis lari bertempiaran kerana mereka tidak berani berhadapan disebabkan mereka adalah umat yang paling penakut dan bacul dalam dunia kerana takut mati,” katanya.

Beliau berkata, berbeza dengan rakyat Palestin yang cintakan kematian kerana mereka diajar bahawa kematian menentang Zionis, seluruh keluarganya akan mendapat syafaat di hari akhirat.

Peserta demonstrasi aman membawa sepanduk masing-masing ketika berkumpul di Masjid KLCC pada Sabtu.

"Manakala (bagi) mereka yang cedera dan luka adalah ujian daripada ALLAH yang menjanjikan kemenangan pasti berlaku.

"Tiada siapa yang mampu membinasakan bangsa yang ganas ini melainkan umat Islam,” ujarnya.

Sementara itu Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, melalui himpunan yang diadakan ia secara jelas dapat menghantar mesej jelas kepada AS bahawa keganasan berpunca dari negara itu.

"Kita mahu AS bertindak mengarahkan sekutunya Israel menghentikan serangan dan mengundurkan tenteranya keluar dari bumi Palestin.

"Kita tahu selama ini AS berpura-pura kononnya menjadi pendamai tetapi disebaliknya dialah yang paling durjana memastikan hasrat rejim Zionis menghancurkan dan membunuh rakyat Palestin secara-besaran dihalalkan,” katanya.