KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap peruntukan program Jualan Rahmah Madani ditambah dalam Belanjawan 2025 sebagai usaha meningkatkan kekerapan program itu di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara pada tahun depan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peruntukan tambahan itu kelak akan membolehkan penambahbaikan dilaksanakan merangkumi pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani Bergerak tidak hanya di kawasan pekan dan luar bandar, tetapi juga hingga ke kawasan pedalaman termasuk di Sabah.
"Kita (KPDN) ada bekerjasama dengan vendor menyediakan lori untuk masuk ke kawasan kampung kerana walaupun harga (barang dalam Jualan Rahmah Madani) murah, orang kampung terpaksa menanggung kos tambang... kalau luar bandar kita tahu ia cukup tinggi.
"Jadi, kita cuba lagi membawa Jualan Rahmah ini bergerak sampai kepada rakyat, dianjurkan di balai raya atau pusat awam sesuatu kampung, merangkumi kawasan pedalaman kerana kita tahu antara yang terkesan kerana kos logistik adalah penduduk di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di sini hari ini.
Armizan berkata kementeriannya juga telah mengutarakan usul supaya peruntukan Program Jualan Rahmah Madani ditambah dalam Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan kerana melihat maklum balas, sambutan dan kejayaan program itu sebagai inisiatif dalam memberi pilihan untuk rakyat mendapat bekalan barang keperluan pada harga rendah berbanding di pasaran.
"Harapan KPDN telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan kurang dari seminggu ini saya yakin harapan itu telah sampai kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) merangkap Menteri Kewangan.
"Paling penting apa yang kita harap dan cadangkan supaya inisiatif yang berkaitan usaha membantu menangani kos sara hidup bukan hanya ditambah peruntukannya, tetapi inisiatif baharu dapat diperkenalkan dan tidak hanya di peringkat KPDN malah di kementerian lain," katanya.
Armizan berkata KPDN turut memberi penegasan kepada kerajaan supaya sebarang inisiatif penyasaran subsidi yang dilaksanakan perlu diserta komponen jaminan perlindungan dan bantuan sosial kepada rakyat sama ada melalui pelaksanaan sistem baharu atau bantuan tunai.
Sementara itu, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar turut berharap Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) yang dimulakan tahun ini menerusi peruntukan RM1 bilion dengan RM100 juta daripadanya untuk Sabah, dapat diteruskan dalam Belanjawan 2025 memandangkan ia program cukup baik dalam membantu rakyat menjana pendapatan menerusi pelbagai kemahiran.
"Komuniti tujuh orang boleh bergabung memohon geran hingga RM100,000 untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan. Di Papar, dana itu mula disalurkan pada bulan lepas. Saya melihat impak cukup baik kerana bukan sahaja orang muda, tetapi juga veteran yang telah berpencen juga menggunakan geran itu.
"Ada yang membuat chalet, menanam lada, ternak ikan keli dan beli mesin jahit. Penting untuk kita ada inisiatif supaya kita dapat mengupayakan rakyat untuk mencipta dan menjana pendapatan," katanya. - Bernama
-- BERNAMA
TAG: Sabah, Armizan Mohd Ali,