INOVASI rekaan televisyen gergasi bagaikan panggung wayang mini di dalam rumah menjadi taruhan Samsung bagi memenuhi gaya hidup 2020.
Dengan ciri pintar dan kualiti bunyi terbaik, Samsung Electronics tidak ketinggalan menyerlahkan varian produk televisyen dengan saiz lebih besar melalui paparan inovatif.
Bukan sahaja memperkenal model MicroLED, jenama besar global itu juga mendedahkan inovasi model baharu, The Sero yang fleksibel dengan kedudukan melintang dan menegak.
Menariknya, keupayaan 8K AI upscaling dan kecanggihan MicroLED dan The Sero itu menterjemahkan revolusi perkakas rumah masa depan yang dirintis syarikat multinasional Korea Selatan.
Presiden Paparan Visual Samsung Electronis, Jong-hee Han berkata, pengguna masa kini sering menggunakan skrin hampir setiap hari untuk bekerja, bersenam mahu pun membeli-belah dari rumah.
"Melihat gaya hidup seperti itu, kami terus terpanggil untuk membuat revolusi skrin televisyen seiring perubahan zaman dan pastinya menyediakan akses mudah kepada cerita kegemaran serta maklumat pada bila-bila masa.
"Sudah menjadi visi kami untuk merealisasikan ‘skrin di mana-mana’ dengan ciri dipertingkatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi 8K,” katanya dalam satu kenyataan.
SPESIFIKASI MicroLED dan The Sero lain:
- Dikuasakan AI Quantum Processor 8K
- Nisbah skrin ke badan 99 peratus
- Kualiti gambar LCD terbaik dengan Q950TS
- Ciri Adaptive Picture mengoptimum skrin dalam posisi ambien dan imej individu.
- Codec AV1 membolehkan kadar mampatan lebih baik dan menyokong teknologi HDR10 +.
- Kualiti dimensi imej, pengoptimuman kecerahan dan nisbah kontras lebih baik.