Nur Izzuddin-Sze Fei mara ke final Terbuka Artik

Iklan
Nur Izzuddin (kanan) dan Sze Fei melakar kejutan menewaskan gandingan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Artik di Finland pada Sabtu. Foto Agensi

BEREGU profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melakar sensasi apabila mara ke pentas final Terbuka Artik di Finland sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas pasangan negara itu melakar kejutan menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pertembungan tiga set yang mendebarkan.

Iklan
Iklan

Namun ia bukan mudah buat Nur Izzuddin-Sze Fei yang menghuni ranking kelapan dunia itu apabila dipaksa bekerja keras dalam kejohanan berstatus Super 500 berkenaan.

Dalam saingan yang berlangsung di Vantaa Energia Areena tersebut, Wei Keng-Wang Chang memulakan langkah dengan nota kemenangan 21-19 pada set pertama.

Iklan

Soon Huat (kanan) dan Shevon terpaksa akur tewas kepada pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Artik di Finland pada Sabtu. Foto Agensi

Enggan menyerah kalah, pasangan negara bangkit mengubah corak permainan sebelum menang 21-17 untuk membawa permainan ke set penentuan.

Iklan

Momentum positif kemudian diteruskan apabila mereka mengesahkan kemenangan 21-18 dalam tempoh 62 minit permainan.

Menerusi kemenangan berkenaan, Nur Izzuddin-Sze Fei merapatkan pencapaian mereka ke atas pasangan China itu kepada 1-3.

Gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.