PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat

Iklan
Aksi para peserta larian pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.

Anwar dalam hantaran menerusi akaun Facebook beliau berkata, penglibatan dalam aktiviti sukan juga dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti.

Iklan
Iklan

"Sempena Hari Sukan Negara tahun ini yang disambut penuh meriah dan bersemangat di seluruh negara, moga budaya sukan terus diamalkan dalam membina gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan. Selamat Hari Sukan Negara 2024!,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, lebih 4.5 juta rakyat menyertai pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi di seluruh negara sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024.

Iklan

Sambutan HSN yang diperkenalkan pada 2015 bertujuan membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan. - Bernama

Iklan