Jelajah Bongkar peluang rakyat nilai prestasi wakil rakyat

Iklan
Johari ketika hadir pada Program Jelajah Bongkar di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani pada Sabtu.

SUNGAI PETANI - UMNO Kedah memperkenalkan Program Jelajah Bongkar sebagai platform bagi rakyat negeri itu menilai sendiri prestasi setiap wakil rakyat dipilih mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebahagian pengisian program adalah turun ke padang untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang sesuatu fakta, fitnah atau tipu.

Iklan
Iklan

Beliau memaklumkan, jelajah yang disusun Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan 15 UMNO Bahagian di Kedah dilaksanakan untuk menjelaskan tentang sesuatu kebenaran ataupun fitnah.

"Peringatan ini dibuat kepada rakyat negeri Kedah bahawa betapa pentingnya untuk mereka di seluruh Kedah menilai setiap wakil rakyat dan pemimpin yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.

Iklan

Johari (duduk, tengah) hadir menyempurnakan Program Jelajah Bongkar.

"Jadi, banyaklah isu yang dibincang," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Bongkar di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, rakyat perlu menilai prestasi wakil rakyat sama ada menunaikan janji-janji sebelum ini ataupun tidak.

Sementara itu, Mahdzir berkata, program Jelajah Bongkar itu dilaksanakan untuk menyampaikan sesuatu kenyataan sebenar kepada rakyat di Kedah.

Beliau berkata, pihaknya akan bercakap tentang perkara yang betul kepada rakyat dan bukan retorik ataupun cerita pembohongan.