MOSCOW - Sebanyak 100 daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan ditutup sementara jumlah mangsa yang cedera terus meningkat, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan, 100 kini ditutup disebabkan peningkatan keganasan. Lima hospital telah ditutup akibat kerosakan struktur susulan serangan," catatnya di platform X.
Iklan
Iklan
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap kemudahan perubatan, tambahnya.
"Jumlah individu yang cedera semakin meningkat. Sistem kesihatan bergelut untuk menampungnya kerana kekurangan sumber manusia dan kapasiti. Kami menyeru perlindungan segera ke atas pesakit dan pekerja kesihatan. Kami menyeru untuk keamanan," kata Tedros.
Sejak 1 Oktober, Israel menjalankan operasi darat terhadap Hizbullah di selatan Lubnan. Jumlah korban akibat serangan Israel melebihi 2,000 orang. - Bernama-Sputnik
Artikel Berkaitan