‘Mereka tak nak dengar pendapat saya'
Iklan
TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa apabila semua penggantinya sebagai Perdana Menteri tidak mahu mendengar pendapat dan nasihatnya walaupun beliau ikhlas berbuat demikian.
Negarawan itu berkata, pada usia 99 tahun, tiada apa lagi yang mahu dicapai melainkan ingin melihat Malaysia menjadi maju dan demi tuntutan perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara.