PADA September 2024, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan imej permukaan muka bumi Gurun Sahara yang semakin menghijau.
Imej satelit NASA itu menunjukkan tumbuhan hijau meliputi selatan Gurun Sahara yang merupakan salah sebuah kawasan paling kering di dunia berikutan berlakunya Taufan Extratropical yang membadai bahagian barat laut Afrika pada September.
Dalam pada itu, kawasan di Maghribi, Algeria, Tunisia dan Libya yang jarang menerima hujan kini menerima kesan turut menghijau.
Fenomena hijau yang berlaku ketika ini mungkin memberi petunjuk tentang potensi penghijauan yang lebih kekal di kawasan gurun pada masa hadapan.
Berikutan peningkatan suhu global akibat pencemaran bahan api fosil, saintis berpendapat lebih banyak hujan mungkin akan turun di kawasan berkenaan.
Sebelum itu, NASA juga berkongsi imej beberapa kawasan kering termasuk permukaan muka bumi Arab Saudi yang semakin menghijau.
Berikut beberapa kawasan yang tandus berubah menjadi hijau sejak kebelakangan ini. - Agensi