JAIS tutup sekolah agama swasta terlibat kes penderaan, seksual

Iklan
Mohd Shahzihan

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak teragak-agak menamatkan pendaftaran mana-mana sekolah agama swasta di negeri ini jika didapati terlibat dengan penderaan dan gangguan seksual kepada pelajar atau apa sahaja bentuk perbuatan bertentangan prinsip asas Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, mana-mana pihak terlibat akan disiasat mengikut Seksyen 15 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan (2001).

Iklan
Iklan

Tegas beliau, JAIS juga akan mengambil tindakan menutup sekolah terlibat mengikut Seksyen 25 enakmen sama.

"JAIS sekali lagi mengingatkan kepada jemaah pengurusan, pentadbir dan guru sekolah agama swasta di negeri ini.

Iklan

"Beberapa kes melibatkan penderaan fizikal dan seksual melibatkan pelajar sekolah agama swasta sangat mendukacitakan dan terpesong daripada prinsip mendidik mengikut Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, Mohd Shahzihan memberitahu, pendidik sepatutnya memberi contoh teladan baik kepada pelajar sesuai dengan peranannya sebagai seorang pendidik.

Iklan

"Tidak boleh sama sekali, sistem pendidikan dan kurikulum Islam dilaksanakan di sekolah merosakkan prinsip manusiawi dan ihsan atas alasan membentuk sahsiah Islam kepada pelajar," ujar beliau.

Beliau memberitahu, kes terbaharu tular melibatkan empat pelajar yang hilang dari sebuah sekolah tahfiz dan ditemui di Bukit Jelutong kerana disyaki didera dan menjadi mangsa seksual.

"Jika benar berlaku, ia suatu yang sangat memalukan, melampau, tidak bertamadun dan terkeluar sama sekali daripada konsep mendidik ditetapkan oleh Islam.

"Mendidik dalam Islam sangat dekat dengan sikap para guru, hati nurani guru untuk mendidik dengan ikhlas dan sabar, bersangka baik kepada pelajar dan sentiasa mendoakan pelajar dalam apa juga keadaan.

"Guru sebagai wahana menyampaikan ilmu perlu memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran sebagai ruang bagi pelajar menjadi insan ikhlas dalam menerima ilmu, bersangka baik dan menghormati guru, bukannya interaksi melahirkan ketakutan serta mengambil kesempatan daripada pelajar," kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa dan penjaga diingatkan sentiasa memerhati perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa agar kelainan sikap serta tingkah laku dikesan di peringkat awal dapat dihadapi dengan langkah sesuai dan tepat bagi mengekang daripada keadaan semakin buruk dan merosakkan masa depan pelajar.

"Mengikut Seksyen 8 enakmen, pihak sekolah swasta adalah tertakluk untuk didakwa dan mendakwa.

"Selain kes jenayah, ibu bapa dan penjaga turut boleh mendakwa dan menuntut hak anak-anak jika telah diperlakukan selayaknya untuk dibawa ke muka pengadilan," tambah beliau.

Terdahulu, media melaporkan, empat pelajar pusat tahfiz dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemui selamat tengah malam Khamis, mempunyai kesan kecederaan pada tubuh disyaki akibat penderaan, selain didakwa menjadi mangsa seksual.

Mereka yang juga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini, turut dikatakan melarikan diri dari pusat tahfiz itu kerana tidak tahan menjadi mangsa buli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur (HJL) sejurus mereka ditemui, menemukan beberapa kesan kecederaan baharu dan lama pada tubuh mereka