KPDN fokus peniaga di sempadan Malaysia-Thailand niaga tanpa tunai

Iklan
Azman (kanan) dan Muhamad Hanif (kiri) memberi sentuhan akhir bagi menyiapkan lukisan mural di Rantau Panjang.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memfokuskan peniaga-peniaga di sempadan Malaysia-Thailand menggunakan urus niaga tanpa tunai, DuitNow QR menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan Sempadan (ReDI Sempadan) bermula bulan ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, inisiatif pertama kali dilaksanakan di sempadan itu bertujuan meningkatkan ekonomi melibatkan kawasan pelancongan di Bukit Bunga, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat dua hari perlaksanaan program ReDI Sempadan di ketiga-tiga lokasi bermula pada Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 171 peniaga.

"Kita memberi tumpuan ReDI di kawasan sempadan kerana kebanyakan peniaga di situ masih kurang berpengetahuan teknologi.

Iklan

"Perlaksanaan ReDI ini diharap dapat mencapai objektif mewujudkan masyarakat tanpa tunai dan mengurangkan jurang digital antara peniaga bandar dengan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas Malam Penutup ReDI Sempadan di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan KPDN, Muhamad Hanif Asa’ari.

Azman (kiri) mengiringi Muhamad Hanif (tengah) bagi menyampaikan cenderamata kepada rakan strategik ReDI.

Iklan

Azman berkata, sejak mula diperkenalkan pada 2022, ReDI merekodkan penyertaan 1,639 peniaga di negeri Kelantan yang menggunakan urus niaga tanpa tunai melibatkan pelbagai jenis perniagaan.

Katanya, program mengajak peniaga menyertai ReDI turut disertai wakil KPDN Putrajaya, KPDN Kelantan, Majlis Daerah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kelantan Pay.

"Program juga disokong oleh rakan strategik utama iaitu Bank Negara, Payment Network (PayNet) Malaysia, Maybank Berhad dan Agrobank.

"Antara pengisian lain yang turut diadakan ialah sesi Technology Familiarisation bersama pihak PayNet di Sungai Golok, Thailand bagi melihat kaedah pembayaran tanpa tunai secara luar dan dalam negara terutamanya di Pasar Malam Kolok,” katanya.

Kesemua kakitangan KPDN dan wakil-wakil dari rakan strategik yang menggerakkan PeDI Sempadan di Kelantan.

Tambah beliau, galakkan kepada peniaga untuk menyertai ReDI Sempadan juga diterjemahkan melalui lukisan mural ReDI yang pertama di Malaysia yang menghiasi dinding Medan Selera Rantau Panjang.

"Lukisan mural yang bertemakan pelancongan dan inisiatif tanpa tunai ini adalah simbolik kepada usaha yang dilakukan bagi menarik pelancong berbelanja melalui kaedah tanpa tunai.

"Langkah ini seterusnya akan membantu merancakkan ekonomi tempatan selari dengan agenda Tahun Melawat Kelantan 2024,” katanya.