'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari
Iklan
Tangisan berpanjangan selain sukar membuang air besar yang dialami seorang kanak-kanak berusia 19 bulan akhirnya terjawab apabila Daneen Auni Riksi disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
KOTA KINABALU - Ibu bapa kepada Daneen Auni Riksi, kanak-kanak yang menghidap kanser ovari tahap tiga berhasrat menamatkan kutipan dana untuk menampung kos rawatan anak mereka.
Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Iklan
Iklan
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, ketika ini dia dan suami fokus kepada penyembuhan Daneen Auni, namun dalam masa sama berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan anak mereka sejak kisah disiarkan di Sinar Harian.
"Saya dan keluarga sama sekali tidak menyangka kisah anak kami akan mendapat liputan yang meluas sebegini.
Iklan
"Kami bersyukur kerana diberi kekuatan dengan doa dan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk media.
"Sehingga hari ini, dana terkumpul adalah kira-kira RM105,000 dan dengan ini kami hentikan segala penyaluran dana terhadap anak kami.
Iklan
"Sejak semalam kami mulai menolak jika ada pihak yang menghubungi kami kerana dana sudah pun mencukupi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Fallarystia dalam pada itu memberi jaminan bahawa wang itu digunakan hanya untuk kos rawatan dan keperluan anaknya.
"Pihak kami juga akan membuka akuan khas untuk anak kami dan pihak kami berjanji kepada semua bahawa sumbangan ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk keperluan serta keselesaan anak kami.
"Kami juga meminta doa supaya perjuangan kemoterapi Daneen Auni yang seterusnya berjalan lancar. Setakat ini, anak kami semakin memberikan tindak balas yang positif dan semakin membaik," katanya.
Katanya lagi, anaknya itu dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas dalam masa terdekat.
"Kami juga turut berterima kasih kepada pihak Hospital Kota Marudu dan HWSKKS yang terlibat sejak awal anak saya dimasukkan ke dalam wad," katanya.
Sebanyak 21 bangunan awam akan diwartakan sebagai persiapan menghadapi musim banjir selepas bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) yang akan berterusan sehingga Mac tahun depan, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, walaupun projek tebatan banjir untuk di kawasannya sedang berjalan namun dari segi persiapan lain turut dilakukan dengan melakukan perbincangan dengan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah bagin mewartakan sekitar 21 bangunan awam di kawasan kampung yang terjejas untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696403/edisi/sabah-sarawak/21-bangunan-awam-diwarta-jadi-pps-persiapan-hadapi-mtl-di-sabah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com