Lekir tinggalkan Ultras Malaya

Iklan
Lekir memimpin Ultras Malaya sejak penubuhannya pada 2007. Foto Agensi

CAPO Ultras Malaya (UM), Lekir Ahmad mengumumkan beliau tidak lagi bersama gerakan penyokong skuad kebangsaan itu selepas mengumumkan persaraan pada Ahad.

Pengumuman yang dibuat di akuan Instagramnya itu menyaksikan tiada lagi kelibat Lekir dalam 'curva' UM setiap kali berlangsung perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya selepas ini.

Iklan
Iklan

Lekir atau nama sebernya Mohd Ridzuan Ahmad telah memimpin UM sejak penubuhannya pada 2007.

"Sampai sudah masa untuk saya memulangkan semula nama Ultras Malaya (UM), sebuah Gerakan Anak Bangsa yang saya tumpahkan seluruh jiwa raga selama ini hingga menjadi sinonim dengan diri.

Iklan

"Menoktahkan langkah semasa komplot UM Jun lalu, meleraikan segala yang berkaitan dengan Gerakan ini. Dengan 11 sub bersuara secara kolektif, UM terus menjadi paksi ke-12 Harimau Malaya.

"Kini masa untuk UM tanpa saya, saya tanpa UM. Apa saja yang berlaku sepanjang dari titik awal transformasi Harimau - MalayadotCom (HMC) ke gerakan secara fizikal Ultras Malaya (UM), saya mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata tersilap bicara tercanggung urus terjelek perbuatan.

Iklan

"Segala pahit manis yang berlaku adalah asam garam naik turun sebuah Gerakan,” katanya menerusi laman instagram.

Kenyataan rasmi Lekir dia akaun Instagramnya pada Ahad.

Kenyataan Lekir di Instagramnya berakhir:"Buat anda yang memfitnah saya pada 10 Ramadan terakhir yang lalu, kita saling mengenali. Tak perlu jumpa saya di sini mahupun di 'sana' kerana walau diketuk rasa dendam, kata maaf telah saya dedikasikan menjadi milik anda. Saya tak mahu urusan hisab saya dilewatkan di 'sana' nanti."

Pengunduran Lekir daripada UM mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan mereka turut mengucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan lekir ketika menyokong pasukan bola sepak kebangsaan.

Difahamkan, UM dijangka akan kembali beraksi ketika saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini dibawah pimpinan capo baharu.

UM telah memboikot kejohanan Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal bulan lalu.

Untuk rekod, tahun 2024 menyaksikan pelbagai isu melanda bola sepak Malaysia termasuk serangan ke atas pemain bola sepak negara seperti Akhyar Rashid dan paling teruk melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Hingga kini, tiada perkembangan membela pemain berkenaan selain kepincangan Liga Malaysia (Liga-M) membuatkan ultras seluruh Malaysia terpaksa bertindak sedemikian untuk memberi pengajaran kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).