54,000 'mata memandang' Fattah Amin

Iklan
Tangkap layar sesi 'live' Fattah Amin di TikTok pada malam Sabtu. Kredit: TikTok @anistaqwa

LEBIH 54,000 pengguna media sosial menonton penstriman langsung selebriti terkenal, Fattah Amin di TikTok pada malam Sabtu.

Menerusi siaran langsung selama satu jam itu, aura aktor kacak tersebut tidak dapat disangkal lagi apabila turut menerima 22 juta tanda suka dan hadiah daripada peminat.

Iklan
Iklan

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, beliau sekadar ingin berbual santai bersama peminat meskipun tidak tahu cara mengendalikan 'live'.

Katanya lagi, ia merupakan kali pertama beliau mengadakan penstriman langsung dan sempat memberitahu bakal membangunkan empayar perniagaan sendiri serta melancarkan produk secara 'live' dengan lebih teratur.

Iklan

"Semua (pengurusan Fattah) tak tahu tentang 'live' atau 'gift' di TikTok. Tetapi, mungkin selepas ini kita akan panggil pasukan yang betul sebab kita nak lancarkan produk.

"Saya tak pernah tengok 'gift' macam ini, terima kasih terharu sangat dengan sokongan semua orang," katanya.

Iklan

Meskipun Fattah dilihat segan dan terkedu dengan sokongan peminat sepanjang sesi terbabit, juara Hero Remaja sesi 2011/2012 itu sempat memberikan kata-kata semangat dan motivasi.

Majoriti warganet turut mendoakan Fattah supaya kekal tabah dan diberikan kekuatan selepas berdepan episod duka perceraiannya dengan pelakon, Fazura, 40, pada 7 Oktober lalu.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Selesai menjatuhi talak, Fattah kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin menangis kemudian memeluk ahli keluarganya sebelum keluar daripada kamar mahkamah.

Kedua-dua selebriti terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.