Anggota tentera, rakan maut motosikal langgar lori

Iklan
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam kemalangan di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah.

KOTA BHARU - Seorang anggota tentera dan rakannya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori dalam kejadian di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah pada Sabtu.

Ketua Polis Dareah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa yang juga penunggang motosikal, Muhammad Hafizul Abdullah Sani, 23, dan Muhammad Zulekhman Mokhtar, 22, dalam perjalanan dari arah Batang Merbau menghala ke Gual Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu lori berusia 38 tahun dalam perjalanan dari arah sama tetapi berada di hadapan motosikal yang ditunggang mangsa.

"Sebaik sahaja pemandu berkenaan mahu membelok ke simpang masuk sebelah kanan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR dipercayai cuba memotong lori berkenaan.

Iklan

"Bagaimanapun mangsa gagal memotong kerana jarak yang terlalu dekat lalu melanggar bahagian sisi belakang sebelah kanan lori," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Haki berkata, akibat daripada pelanggaran itu Muhammad Hafizul terperosok masuk ke bawah bahagian hadapan lori manakala pemboncengnya terpelanting ke dalam semak di tepi jalan.

Iklan

Tambah beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kemahang dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

"Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah di bahagian badan badan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.