Bekas eksekutif kanan MBI antara ditahan kes rasuah lombong pasir

Iklan
SPRMmenahan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Pemerbadanan MBI untuk siasatan kes rasuah konsesi perlombongan pasir. Foto hiasan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI untuk siasatan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Difahamkan, tangkapan dua individu itu dibuat pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih di peringkat awal dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

"Seorang daripada mereka telah direman lima hari sehingga Selasa, manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

Iklan

"SPRM turut menyita kira-kira 15 akaun bank milik individu dan syarikat untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu, selain bekas eksekutif kanan MBI, seorang lagi ialah ahli perniagaan.

Iklan

Kata sumber, kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

"Bekas eksekutif itu disyaki menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat yang memperoleh konsesi perlombongan pasir beberapa tahun lalu," katanya.

Ujar sumber, ahli perniagaan itu didakwa bertindak sebagai orang tengah untuk mengutip suapan bagi pihak suspek pertama.

Selain itu, kata sumber, SPRM juga telah menahan dua individu yang dikaitkan dengan syarikat perlombongan pasir, tetapi mereka telah dibebaskan selepas disoal siasat.

"Skandal itu didakwa bermula apabila syarikat berkenaan memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu.

"Bagaimanapun, rasuah itu dikatakan berterusan sejak syarikat itu memperoleh konsesi MBI," katanya.

Dalam pada itu, SPRM juga sedang menyiasat sama ada ahli politik yang dikaitkan itu mempunyai sebarang penglibatan dalam dakwaan rasuah itu.

"Kita akan lihat jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataannya. Setakat ini siasatan masih diteruskan," katanya.