Dakwaan dera, mangsa seksual: Tiga pelajar tahfiz ditahan

Iklan
Rusdi. Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Tiga beradik ditahan pada Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kesan kecederaan yang dialami pelajar tahfiz yang ditemui semula selepas dilaporkan hilang Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketiga-tiga suspek terbabit merupakan pelajar di sekolah tahfiz berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua lelaki yang ditahan itu masing-masing berumur 13, 15 dan 20 tahun.

"Suspek pertama kemudiannya direman selama sehari untuk siasatan lanjut manakala dua lagi suspek tidak direman kerana bawah umur," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, kesemua suspek itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 7 petang pada Sabtu.

"Ketiga-tiga suspek dibebaskan setelah keterangan mereka dirakam.

Iklan

"Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan polis menemukan beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan empat pelajar tahfiz yang ditemui semula selepas dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua pelajar berumur antara 13 hingga 14 tahun itu ditemui di Bangi pada Khamis sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas disyaki didera dan menjadi mangsa seksual.

Jelas beliau, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31 1 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 b Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.