Isteri masih pegang baju arwah lepaskan rindu - Bapa Allahyarham Khairil Anwar

Iklan
Keluarga Jamaludin bersama arwah Khairil Anwar (dua dari kanan) dan arwah Muhammad Khairul Izzudin (kanan).

SHAH ALAM - Sehingga kini, ibu kepada Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, 20, masih memegang baju arwah sepanjang masa untuk melepaskan rindu.

Jamaludin Hussin, 53, berkata, isterinya Norma Mohamed Nor, 52, sangat terkesan dengan kehilangan arwah kerana hubungan mereka sangat rapat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka sekeluarga buat masa ini masih bersedih dengan tragedi tersebut.

"Saya kehilangan anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin tujuh tahun lalu dan kali ini anak bongsu pula. Kehilangan mereka sangat menyedihkan.

Iklan

"Pilunya rasa, ada ketika saya menangis, kadang-kadang rasa tidak tentu arah. Namun terpaksa terima kenyataan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ibu arwah, Norma sebak ketika menunggu jenazah anaknya di Unit Forensik Hospital Dungun pada Khamis.

Pada malam Rabu, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.

Iklan

Tiga pelajar terbabit, Khairil Anwar, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, meninggal dunia apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 yang ditunggangi mereka dirempuh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, parah dan dirawat di Hospital Dungun.

Tambah Jamaludin, kehilangan Khairil Anwar mendatangkan kesan yang mendalam kepadanya kerana semua anak lelakinya pergi meninggalkan dia.

Ujarnya, mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang sahaja akan faham betapa sedihnya berdepan dengan situasi sebegini.

"Kehilangan anak bongsu sangat perit, saya rasa lagi berat ujian ini namun saya tetap kuat dan reda dengan ketentuan ini," katanya.