Pengunjung berpeluang utuk melawat galeri di replika Masjidil Haram, Mekah yang mempamerkan koleksi peralatan dan pakaian masyarakat Arab ketika tinjauan di Taman Monumen baru-baru ini.
Taman Monumen yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dibina pada tahun 2005 adalah kawasan yang menempatkan 23 buah monumen Islam dari pelbagai negara seperti Sepanyol, Tunisia, Turki, India, China, Iraq, Palestin, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan Singapura.