Bekas polisterin, plastik paling banyak dibuang di Pantai Geting

Iklan
Sampah yang dikumpulkan di Pantai Geting sempena Program Hawa Lestari Kelantan Attack di Pantai Geting pada Ahad.

TUMPAT - Sebanyak 80 peratus daripada 100 kilogram (kg) sampah yang dikutip di Pantai Geting merupakan bekas makanan jenis polisterin dan plastik.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Global Law Thinkers Society Malaysia (GLTS Malaysia), Mohamad Nazrin Faiz berkata, bekas makanan jenis itu antara paling banyak dibuang di lokasi yang dipenuhi pengunjung terutama lokasi peranginan dan pantai.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, pihaknya kini melaksanakan kempen dengan menggalakkan 3R (reduce, reuse, recycle) secara maksimum bagi memastikan semakin berkurang sampah yang perlu dikutip.

"Kesedaran perlu ada dalam kalangan rakyat negara ini kerana NGO juga tidak mampu melaksanakan kutipan jika terlalu banyak pembuangan sampah," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Program Hawa Lestari Kelantan Attack di Pantai Geting pada Ahad.

Menurut Mohamad Nazrin, 100 plastik berjaya dikumpulkan dalam tempoh kira-kira dua jam kutipan dilakukan oleh sukarelawan program itu.

Iklan

Selain Pantai Geting, kumpulan berkenaan turut melakukan pembersihan di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (Hawa).

Sementara itu, Pengerusi Hawa, Hasrunizah Hassan berkata, program itu merupakan kesinambungan dari dua lokasi di Johor melalui aktiviti kitar semula.

Jelasnya lagi, kutipan sampah berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa menjaga kebersihan tidak terhad kepada pihak berkuasa tempatan atau majlis daerah sahaja.

"Ia perlu dimulakan di setiap rumah melalui didikan dan tunjuk ajar ibu bapa supaya anak-anak lebih berdisiplin serta sensitif dengan kebersihan," katanya.

Hawa akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri lain tahun hadapan termasuk Kedah dan Melaka selain akan turut merancang ke Sabah dan Sarawak.