Kepengerusian ASEAN: Malaysia bakal jadi tumpuan dunia, rancak ekonomi negara

Iklan
Anwar (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia pada akhir tahun ini dan mulai tahun depan, sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi yang besar kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, banyak persidangan peringkat antarabangsa akan dianjurkan di Malaysia pada tahun depan yang bakal disertai delegasi dari pelbagai negara, ini seterusnya dapat merancakkan lagi ekonomi negara.

Iklan
Iklan

Pada akhir tahun ini dan sepanjang 2025, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat utama ASEAN dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia, dan New Zealand.

Pada Mei tahun depan, negara akan menganjurkan Persidangan ASEANGCC+China yang meliputi kesemua negara ASEAN, enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emirirah Arab Bersatu serta China.

Iklan

"Ini (sudah tentu) akan memberikan tumpuan dan perhatian (dunia kepada Malaysia), dan saya minta kerjasama (penuh dari semua pihak),” kata beliau sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

ASEANGCC+China merupakan persidangan yang pertama seumpamanya diadakan oleh blok 10 negara anggota itu yang mana sebelum ini hanya ASEAN+GCC sahaja.

Iklan

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menegaskan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara, kecuali Israel dan tiada satu negara pun boleh mengarahkan Malaysia untuk bersikap berat sebelah.

"Itu pendirian kita kerana Malaysia mahu maju, berkawan dengan semua (negara), tetapi kita bebas. Negara ini (adalah) negara merdeka, bebas dan kita buat keputusan untuk berdagang dengan semua.

"Kita bersahabat dengan semua, tidak ada negara yang boleh arah kita," kata beliau.

Anwar yang baru sahaja pulang daripada mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 baru-baru ini berkata, kejayaan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah hasil daripada perpaduan pelbagai kaum dan kerajaan yang kuat dan stabil. - Bernama