Projek rakit Orang Asli suku Semaq Beri

Iklan
Terengganu bagai serampang dua mata, projek rakit Orang Asli suku Semaq Beri di Tasik Kenyir, Kuala Berang dijangka membantu mengekalkan budaya komuniti itu selain berupaya meningkatkan taraf ekonomi mereka apabila ia menjadi tarikan baharu pengunjung ke sana kelak.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Rakit hasil binaan sepenuhnya suku tersebut adalah cetusan idea kakitangan Taman Negara Terengganu, badan bukan kerajaan (NGO) serta dua jurugambar bebas yang sebelum ini kagum dengan keindahan tasik buatan berkeluasan 38,000 hektar itu.



Penguasa Taman Negara Terengganu, Sharena Sapri berkata projek tersebut yang kini di peringkat perintis berakar umbi dari hasrat pihaknya yang ingin mengetengahkan budaya pengangkutan yang diamalkan suku Semaq Beri sejak ratusan tahun itu selain mengkomersialkan produk tersebut.