Rumah pusaka jadi Rumah Ngaji ke 58

Iklan
Sebuah rumah pusaka yang terbiar kira-kira lapan tahun lalu di Batu 8 Mantin di sini dijadikan sebagai Rumah Ngaji untuk dimanfaatkan penduduk setempat bagi mendekati dan mendalami pengajian al-Quran.

SEREMBAN - Sebuah rumah pusaka yang terbiar kira-kira lapan tahun lalu di Batu 8 Mantin di sini dijadikan sebagai Rumah Ngaji untuk dimanfaatkan penduduk setempat bagi mendekati dan mendalami pengajian al-Quran.

Rumah Ngaji ke 58 itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Bayt ar-Rashid, dinamakan sempena pemilik kediaman itu, Allahyarham Mohd Rashid Md Shariff.

Iklan
Iklan

Menurut anaknya yang juga pengerak Rumah Ngaji tersebut, Zurina Mohd Rashid, 48 keputusan untuk menjadikan kediaman itu sebagai Rumah Ngaji adalah hasil kesepakatan adik-beradiknya.

"Kami mengambil ketetapan untuk manfaatkan dan mengimarahkan rumah yang sebelum ini kosong dijadikan Rumah Ngaji, tempat pengajian al-Quran khususnya untuk komuniti setempat.

Iklan

"Cadangan untuk buat Rumah Ngaji di sini pula adalah daripada sepupu saya Nooraina Zairus yang mempunyai pengalaman menggerakkan Rumah Ngaji," katanya selepas selesai pelancaran rumah itu pada Sabtu.

Gharizah (dua kiri) ketika hadir pada majlis pelancaran Rumah Ngaji Bayt ar-Rashid.

Hadir sama, Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim.

Iklan

Dalam pada itu, Gharizah berkata, terdapat 60 Rumah Ngaji di sekitar Negeri Sembilan yang telah berdaftar setakat bulan ini.

Saya harap setíap Rumah Ngaji ini akan menjadi pemangkin dalam mengajak kembali ummah kepada al-Quran dan as-sunnah dengan memberi peluang kepada masyarakat Islam mempelajari al-Quran secara percuma yang menitikkan beratkan kepada baca, faham dan amal Quran.

"Berdasarkan maklumat juga masih ramai lagi masyarakat Islam yang tidak mahir dan fasih mengaji dan kita mengalu-alukan orang ramai yang ingin menubuhkan Rumah Ngaji," katanya.