PENGUNJUNG dibawa menaiki rumah rakit tradisional Orang Asli suku Semaq Beri menyusuri sekitar Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Bagai serampang dua mata, projek rakit Orang Asli suku Semaq Beri di Tasik Kenyir dijangka membantu mengekalkan budaya komuniti itu selain berupaya meningkatkan taraf ekonomi mereka apabila ia menjadi tarikan baharu pengunjung ke sana kelak.
Rakit hasil binaan sepenuhnya suku tersebut adalah cetusan idea kakitangan Taman Negara Terengganu, badan bukan kerajaan (NGO) serta dua jurugambar bebas yang sebelum ini kagum dengan keindahan tasik buatan berkeluasan 38,000 hektar itu.
Projek tersebut yang kini di peringkat perintis berakar umbi dari hasrat pihaknya yang ingin mengetengahkan budaya pengangkutan yang diamalkan suku Semaq Beri sejak ratusan tahun itu selain mengkomersialkan produk tersebut. Projek itu juga diharap mampu mengekang kegiatan eksploitasi Orang Asli di kawasan tersebut yang mana dipercayai tenaga komuniti itu ada kalanya digunakan orang luar dalam mendapatkan hasil hutan pada kadar upah yang rendah.